Search This Blog

Tuesday, March 13, 2012

NOVEL M.A.I.D – SURI RYANA (SINOPSIS DAN REVIEW)



Selepas khatamkan novel Quartet, secara tak sengaja aku terbaca novel M.A.I.D karya penulis yang bernama Suri Ryana. Eh, boleh pula tak sengaja baca ek. Ye lah, sebenarnya aku dah susun jadual dah supaya hanya hari Sabtu dan Ahad je untuk baca novel. Tapi lain pula jadinya.

novel maid suri ryana kaki novel Malam semalam lepas makan aku rasa mengantuk sangat. Nak tidur, aku rasa malam masih sangat muda lagi. Tiba-tiba aku pergi kat rak buku, dan capai salah satu novel yang berderet tersusun. Setelah mencongak, akhirnya aku ambil novel M.A.I.D ni dan sampulnya ku buka. :D 

Kononnya nak baca 100 muka surat je dulu, memandangkan novel ni tebal, 753 muka surat, tapi sebab best punya pasal, aku enjoy baca novel ni, melarat-larat lah sampai 400 lebih muka surat aku baca. Hish!. Kronik betul aku ni bila dah baca novel. Payah nak stop. Kalau tak best mesti aku baca sikit-sikit je, susah nak habiskan. Novel yang aku baca ni adalah cetakan yang ke-16. Senang cakap, novel ni memang laris lah. Kalau novel Sayangku Casper no.2 top 10 novel terbitan Buku Prima, novel M.A.I.D ni pula top 10 kat Popular.

REVIEW NOVEL M.A.I.D
Novel M.A.I.D ni mengisahkan seorang gadis bernama Noorul yang menganggur setelah kilang tempat dia kerja lingkup. Walaupun dah sana sini dia pergi interview, masih juga tak dapat kerja. Akhirnya, Noorul minta kerja sebagai orang gaji je melalui agensi pekerjaan.
Bermulalah episod Noorul sebagai orang gaji kepada seorang anak Tan Sri yang sangat cerewet sehingga Noorul menggelarnya Mr. F (Mr. Fussy). Mr. F ni suka tinggalkan nota yang dilekatkan di merata-rata rumahnya (peti ais, perabot, toilet dan sebagainya). Ini cara dia bagi arahan pada Noorul. Dia juga akan telefon setiap hari jam 8 pagi ke rumahnya sekadar untuk memastikan yang orang gajinya itu tidak masuk kerja lambat.
Mr. F ni juga tak mesra alam, suka tengking-tengking Noorul dan suka potong gaji Noorul. Sikit-sikit potong gaji sebab Noorul ni kelam-kabut orangnya. Sampai retak tulang jari kelengking Mr. F, sebab Noorul tak sengaja tertutup pintu.
Noorul ni pula tak pandai memasak. Dia cuma tahu masak 3 benda je (masak nasi, masak air dan masak maggi). So macam mana dia jadi orang gaji tapi tak tahu memasak?. Haaa…memang hura hara lah kan. :D Tapi lama-lama Noorul pandai memasak. Dia hadiri kelas memasak Chef Aidil. Tapi Mr. F tak percaya Noorul yang masak, dia kata Noorul beli kat gerai. Sakit je hati Noorul.
Mr. F ni saja je nak bina dinding antara dia dan Noorul, sebab takut jatuh cinta dengan Noorul sebab pernah kecewa sebelum ni. Yang si Noorul ni pula, awal-awal lagi dah jatuh cinta dengan majikannya yang handsome tu, walaupun perangai cerewet yang amat tu.
Ada orang yang berdendam dengan Noorul, lalu memfitnah Noorul sebagai perempuan simpanan Harris (Mr. F). Untuk menutup malu dan mahu menjaga reputasi perniagaan keluarga Tan Sri, Puan Sri cakap pada orang yang Noorul ni wife Harris, cuma majlis perkahwinan belum diadakan lagi.
Noorul memang suka lah berpeluang kahwin dengan lelaki yang dicintainya, tapi tak nak juga kahwin dengan Mr. F sebab dia ingat Mr. F tak cintakannya. Mr. F pula nak juga kahwin dengan Noorul tapi dia ingat Noorul tak cintakannya. Sebab adik dia, Haikal suka kat Noorul, tapi Noorul tolak dan beritahu yang dalam hatinya dah ada orang yang duduk. Tapi Noorul tak bagitau Haikal siapa yang dicintainya. So, Harris pun tak tahu yang orang yang dicintai Noorul ialah dirinya sendiri. Eloklah tu kan, sebenarnya suka sama suka, tapi dua-dua pendam rasa. Tapi, akhirnya mereka kahwin juga. Sebab nak keluarga masing-masing nak tutup malu.

Noorul malu untuk confess dengan Harris. Tapi last-last ter’confess’ juga. Hehe… Harris pun suka lah bila tau yang Noorul cintakan dia. Walaupun sebelum ni Harris tak mesra alam, tapi sebenarnya Harris adalah seorang lelaki yang romantik. Pergh, memang romantik habislah cara dia ekspresikan rasa cinta dia pada Noorul masa honeymoon kat Paris. Sampai dalam hati aku tertanya-tanya, wujud ke lelaki seromantik ni?. Entahlah…aku takde pengalaman pula dengan lelaki romantik ni. Hehe.. :P
Tapi si Puan Sri (mak mertua) Noorul ni tak suka Noorul lah, tak sepadan katanya. Ialah Noorul ni orang miskin je. Dia sibuk dan Elisa jadi menantu dia, sampai desak Harris ceraikan Noorul. Nurina, ex-Haikal pun sibuk juga nak kat Harris. Noorul pula macam mana?. Cemburu lah kan. Tapi Noorul ni penyabar.
Ending dia macam mana?. Ahhaa…aku suka ending dia yang comel tu. Ada 2 watak si cilik yang comel. :D I like!. Kesimpulannya, berbaloi beli novel ni. Tak rugi.

SINOPSIS NOVEL M.A.I.D
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?
p/s: Aku nak let go novel ni.


1 comments:

Nur Iman said...

Still avail this novel?? Kindly email me at iman_aimy@yahoo.com

Post a Comment

 

  © Blogger template 'ASIK-For You' by uc1n.com Blog For Gudang sinopsis Blog Sinopsis 2012

Gudang Sinopsis - Menghadirkan Informasi Terbaru Tentang Sinopsis Film, Novel, Sinetron, Drama Korea, Cerpen