Search This Blog

Sunday, March 11, 2012

Sinopsis Novel Gemersik Kalbu


"Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai"

Sinopsis oleh : aznanie

Raihana ... seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup. Sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya kerana ibu bapa mengalami desakan hidup. Dia merasakan dirinya terbuang dari keluarga. Dan apabila neneknya meninggal dunia terkontang-kanting lah dia mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Wan Ariffin yang merupakan anak kepada ibu angkatnya yang juga kawan baik kepada makcik Raihana.

Setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul. Dia keliru, sebak, dan terperangkap dalam diri sendiri.

Hadirnya Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana. Baginya cinta bukan paksaan. Juga bukan simpati. Cinta Wan Ariffin masih di hati, masih terasa di sanubari. Raihana mengunci hati. Enggan membiar cinta itu pergi. Mendakap erat ikrar kasih sehidup semati.

Rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun hati tiada rela, namun hati tiada sudi. Akhirnya Raihana membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta, tanpa mesra.

Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh mempamerkan rasa, sedangkan permaisuri hatinya dingin dan kaku. Sufian percaya suatu hari nanti pasti Raihana akan membuka pintu hatinya untuk insan yang bergelar suami.

Masa berlalu, Raihana tetap begitu. Sufian bagai hilang arah. Terlalu lama Raihana menidakkan kehadirannya. Raihana perlu disedarkan dari mimpinya. Dan Sufian tekad ....

Rancangan Sufian disokong oleh adiknya, Azila. Bersama sepupunya, Darlina. Sufian berlagak kononnya dia mempunyai kekasih lain. Raihana yang sudah mula belajar merindui Sufian berasa tertekan. Cemburu menyelinap dalam dirinya. Tapi apa kan daya. Untuk mengakui hakikat dia tak berani apalagi meminta Sufian memahami dirinya. Tinggallah dia merintih keseorangan.

Kebenaran terserlah. Sufian mengaku dia hanya membohongi Raihana tentang dirinya berkahwin lagi dan juga tentang dirinya telah ternoda. Itu semua rancangan Sufian untuk membuat Raihana mencintai dirinya. Dan Raihana akhirnya, menerima Sufian sebagai suami. Dan amat bersyukur kerana Sufian tidak jemu menantinya dan Sufian adalah lelaki yang ditakdirkan untuk dirinya.

Pemulis   : Anis Ayuni
Terbitan  : Alaf 21
Point      : 5/5

* Novel ni adalah salah satu novel kesukaan aku. Baca ulang-ulang kali pun tak jemu. Apabil aku baca novel ni seakan-akan terbawa dalam dunia Raihana. Best sangat ... masa mak dia masuk hospital ...tu dia yang jaga... tapi mak dia tak suka dia ... sian dia ... nangis aku baca ... hehe ... tapi akhirnya mak dia boleh terima dia semula ... mak dia bukan benci tapi tak tau nak respon cam mana sebab dia tak duduk dengan mak dia sejak kecik... tapi yang masa Sufian kononnya ada bini baru tu pun best gak .. mengelabah Raihana  ... hehe ... tapi kalau aku pun mengelabah gak ... tapi aku lain ... aku cinta sama en.suami aku ni ... huhu
sumber:http://aznanie.blogspot.com/2011/02/sinopsis-novel-gemersik-kalbu.html


0 comments:

Post a Comment

 

  © Blogger template 'ASIK-For You' by uc1n.com Blog For Gudang sinopsis Blog Sinopsis 2012

Gudang Sinopsis - Menghadirkan Informasi Terbaru Tentang Sinopsis Film, Novel, Sinetron, Drama Korea, Cerpen