Search This Blog

Tuesday, March 13, 2012

SINOPSIS NOVEL ATAS NAMA CINTA

Hari ni aku try surf novel Atas Nama Cinta. Aku jumpa ada beberapa buah novel yang bertajuk Atas Nama Cinta. Jom baca sinopsis setiap novel yang sama tajuk ni, tapi lain-lain penulis, dan juga lain penerbit.

Pening juga lah aku nak pilih sinopsis setiap novel ni, sebab setiap entri di blog dan website adalah berbeza. Jenuh juga nak pilih sinopsis mana yang merupakan sinopsis belakang buku. Macam-macam ulasan/review yang aku baca untuk setiap novel ni. Kalau anda nak baca review novel-novel ni, nak tahu best ke tak, google sendiri, ya. Takkan lah aku kalau nak copy paste semua review orang. Hehe.. :D
1) ATAS NAMA CINTA 
novel atas nama cinta lily suriani alaf 21
Penulis: Lily Suriani
Penerbit: Alaf 21
“Firas… saat kau ucapkan ungkapan cinta, aku sudah bersedia serahkan segalanya. Untuk melafazkan cinta bukan mudah. Sekali kulafaz, hingga ke nafas terakhir cinta itu masih bernada dalam hati ini. biarpun menjadi lilin yang membakar diri dalam kegelapan hanya untuk memberikan cahaya. Demi sebuah kejujuran yang ku agungkan, aku rela…” ~ Ardini
“Ardini… kerana rindu membuatkan aku mencintai dan menyayangimu. Segenap ruang nafasku, hanya namamu yang menciptakan irama cinta nan indah. Kau menghamparkan kasih untuk aku meniti batas-batas kebahagiaan bersamamu. Hingga aku berikrar, tiada nama lain yang bersemadi di hati ini.” ~ Firas.
Sukarnya Firas menakluki hati dan cinta Ardini. Pelbagai cara dilakukan agar gadis punjaan hati menjadi miliknya yang abadi. Bukankah cinta itu satu pengorbanan? Dan itulah yang menguntumkan kemanisan cinta. Ijab kabul bukti bahawa cinta mereka bukan hanya di bibir.
Gelora ombak dan taufan telah mengaramkan bahtera cinta mereka ketika disinari cahaya bahagia. Namun, mengapa ada insan yang mencemburui keindahan cinta mereka? Mengapa perlu ada duri-duri yang menghalang mereka ke puncak kasih hingga hati mereka tercalar luka?
Atas nama cinta, mereka berpegang teguh pada janji setia…
Sinopsis ini diambil dari alongside.
2) ATAS NAMA CINTA 
novel atas nama cinta isa kamari
Penulis: Isa Kamari
 Penerima S.E. A Write Award 2006
Ni novel epik sejarah. Jom baca sinopsis novel Atas Nama Cinta, kisah Nadra berdasarkan sejarah ni:
Singapura, Malaya dan Hindia Timur (Indonesia) 1942-1950. Nusantara Melayu sedang bergolak. Bahang kebangkitan bangsa yang sekian lama dijajah mula dirasai oleh Inggeris dan Belanda.
Muncul Maria Hertogh dengan nama Islamnya Nadra binte Ma’arof. Tanpa dimintanya, gadis manis ini menjadi rebutan dua dunia-dunia Islam dan dunia Barat. Nadra yang telah mengecapi iman dengan keluarga angkatnya, telah dituntut untuk kembali menjadi Maria oleh ibu kandungannya sendiri. Cinta Nadra yang mula berputik dengan pemuda yang baru dikahwininya dirampas oleh mahkamah penjajah. Nadra dipaksa untuk kembali ke Belanda.
Atas nama cinta Nadra mengecap iman. Atas nama cinta dua ibu berebut kasih. Atas nama cinta ikatan perkahwinan Nadra terjalin. Atas nama cinta, kuasa dan percaturan politik penjajah merampas Nadra. Atas nama cinta, kesucian agama Islam dan maruah bangsa harus dibela…Bangsa yang dijajah sudah tidak takut lagi…ATAS NAMA CINTA
Sumber sinopsis: MPH online

3) ATAS NAMA CINTA 
novel atas nama cinta bikash nur idris
Penulis: Bikash Nur Idris
Penerbit: Fajar Pakeer
‘Cinta ibarat berlianyang mempunyai benih faset. Jernih atau kabur cahayanya bergantung kepada penggosoknya.’
Genelia hanya mahu jauh daripada keluarga, demi cinta. Hafidz hanya mahu menjauh daripada curiga, demi sahabat. Lalu mereka lalukan perkara yg serupa; berbohong. dan, pembohongan itu mencengkam hati mereka lantas dengan nama cinta mereka berikrar, mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama. Hanya satu masalah yang timbul: Kenangan akan mengejar lau mereka menjadi tamak, mahu memiliki cinta- sepenuhnya.
Sumber sinopsis: blog Bikash
4) ATAS NAMA CINTA 
novel atas nama cinta wahyu Sujani
Penulis: Bikash Nur Idris
Penerbit: Fajar Pakeer
Adakah nikmat kehidupan yang lebih mulia dan indah daripada cinta yang direstui Allah dan Rasul-Nya? Seisi alam semesta turut bahagia menyaksikan kebahagiaan mereka. Ini baru setitik nikmat yang berasal dari satu Asma Allah yang diturunkan untuk dunia. Atas nama cinta, dengan gementar, Mustafa menempelkan bibirnya ke ubun-ubun Laila.
Sumber sinopsis: PTS Litera


0 comments:

Post a Comment

 

  © Blogger template 'ASIK-For You' by uc1n.com Blog For Gudang sinopsis Blog Sinopsis 2012

Gudang Sinopsis - Menghadirkan Informasi Terbaru Tentang Sinopsis Film, Novel, Sinetron, Drama Korea, Cerpen